Thursday, December 22, 2005




22nd December 2005
1.38pm
Malaysia

Ku Kejar MardhotiLlah

Dikala datang menjengah mentari sepenggalah waktu dhuha,
Terdetik di sanubari hina untuk seketika bersama,
Untuk sujud kepada-Mu setelah lamanya aku leka,

Ku bingkas bangun meninggalkan urusan duniaku,
Ku berhati-hati serta tertib mengambil wudhu’ku,
Ku kibas bentang lurus sejadahku,
Ku menghadap qiblat lantas mengangkat tinggi takbirku pada-Mu

Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu

Setelah seketika selesai ku solatkan solat dhuha,
Hati batu ini terpanggil untuk sujud semula,
Ku ringankan tubuh turuti sujud nan meminta,
Sekadar mengulangi pintaan jarang seorang hamba

Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu

Ku pohon Kau selamatkanlah kawan, sahabatku,
Ku minta Kau bahagiakanlah antara ahli keluargaku,
Ku pinta Kau sejahterakanlah dunia-akhiratku,
Ku doa agar Kau permudahkan urusan memartabatkan agama-Mu

Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu

Si riak Hati Hitam pun mula menyusun bicara,
Pilu mengenang jasad tuan nya tak layak ke Syurga,
Melainkan keinsafan yang dititiskan dek air Mata,
Kata-Nya mampu padamkan api pembakar jasad Neraka

Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu

Ku sedar hina sedari mula di sisi-Mu,
Ku sedar terlalu banyak dosaku pada-Mu,
Ku sedar diri payah istiqamah di jalan-Mu,
Ku sedar takkan lama hidup atas dunia-Mu

Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu

Sudah lama ku hidup dalam noda lagho sia-sia,
Jangan Kau ambil nyawa ini,
Melain keadaannya dalam takwa,
Jangan Kau biarkan sejuk jasad ini,
Melain kan di medan jihad fi-sabiliLlah,
Jangan Kau panggil ku kembali,
Melain kan tiada manfaat buat diri ini atas dunia

Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu

Inilah dia di ikrarkan taubat nasuhaku,
Dengan nama Allah,
Ku tinggalkan maksiat ku lakukan persis di hadapan-Mu,
Dengan nama Allah,
Ku cuba sedaya istiqamah dalam amal ibadatku terhadap-Mu,
Dengan nama Allah,
Aku berusaha terus kekal dalam arena dakwah menyeru pentauhidan-Mu

Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Moga Kau kurniakan masa depan yang baik bagi ku untuk dimanfaatkan kepada ummah,

Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Moga Kau kurniakan tempat yang baik bagi ku untuk dimanfaatkan kepada ummah,

Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Moga Kau kurniakan peranan yang baik bagi ku untuk dimanfaatkan kepada ummah,

Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Moga kau sampaikan jua ku ke destinasi…

kekal abadi dengan redha-Mu

Pearl Habour

juz wanna share some of my favourite song. (kinda'.hehehe...even this song a bit lagha). but this song really inspired me. making me feel to work hard in my future...kukuku!!


THERE YOU’LL BE
By: Faith HillFrom: Pearl Harbor Soundtrack

When I think back on these times
And the dreams we left behind
I'll be glad cause
I was blessed to get to have you in my life
When I look back on these days
I look and see your face
You were right there for me

Chorus: In my dreams
I'll always see you soar above the sky
In my heart there'll always be a place for you for all my life
I'll keep a part of you with me
And everywhere I am there you'll be
And everywhere I am there you'll be

You know you showed me how it feels
to feel the sky within my reachand
I always will remember all the strength you gave to me
your love made me make it through
Oh, I owe so much to you
you were right there for me

In my dreams I'll always see you soar above the sky
In my heart there'll always be a place for you for all my life
I'll keep a part of you with me
And everywhere I am there you'll be

Cause I always saw in you my light my strength
And I want to thank you now
for all the ways
you were right there for me
you were right there for me..
always

In my dreams I'll always see you soar above the sky
In my heart there'll always be a place for you
for all my life
I'll keep a part of you with me
And everywhere I am there you'll be
And everywhere I am there you'll be
There you'll beeeeeee.


Oleh : Ruuhil Haya

Tarikh : 26 Jun 2005, 8:52 pm




Bismillahirrahmanirrahim.

Benar, ilmu itu ada di mana-mana. Ilmu akan diperolehi
oleh sesiapa sahaja yang gemar memerhati dan berfikir
akan pemerhatiannya.

Seperti biasa rutinku, boarding the train to my
workplace. Selalunya, untuk mengatasi kebosanan
perjalanan itu aku memilih untuk tidur, atau sekadar
memejamkan mata, berpura-pura tidur kerana tidak
sanggup melihat aurat yang sengaja didedahkan. Semoga
Allah memberi petunjuk kepada mereka. Penulisan kali
ini bukan berkisar pada soal ini, tetapi ada satu
perkara yang menarik perhatianku tadi.

Tadi aku memilih untuk tidak tidur tetapi membawa dua
majalah untuk dibaca. Satu majalah Mingguan Famili dan
satu lagi majalah Muslimah. Sedang ralit membaca satu
artikel tentang Saidina Abu Bakar As Siddiq, tiba-tiba
ada satu pasangan masuk lantas seorang gadis dan
seorang pemuda bangun memberikan tempat duduk pada
pasangan itu. Lagaknya macam pasangan istimewakan?
Bagus juga pemuda dan pemudi itu. Berbudi bahasa. Si
suami mendukung seorang anak perempuan yang serasaku
mungkin belum boleh merangkak. Dia juga menggalas
sebuah beg pakaian. Si isteri menggalas sebuah lagi
beg pakaian dan beg tangannya. Isterinya duduk
disebelahku. Anak yang comel, hampir semua yang ada di
sekitar kawasan tempat duduk itu diam, seolah-olah
memfokus perhatian kepada pasangan itu. Tidak kurang
juga yang mengagah anak kecil comel itu, yang
kadang-kadang tersenyum seolah faham agahan orang di
sekelilingnya. Aku terus membaca. Mataku pada barisan
ayat-ayat di majalah tetapi telingaku mencuri-curi
mendengar perbualan pasangan istimewa itu.

Ada yang bisa ditangkap deria pendengaranku…ada yang
tidak. Pelik, selalunya aku tidak ambil peduli apa
yang orang lain buat atau bualkan. Tetapi pasangan ini
benar-benar menarik perhatianku..dan juga orang-orang
di sekeliling. Pasangan itu pula berbual-bual
seolah-olah tiada yang memerhatikan mereka.

Pukul berapa sayang?”. Tanya si suami.

Si isteri lantas mengeluarkan jam tangan dari dalam
beg tangannya, menekan punat pada jam itu,
meletakkannya di telinga dan menjawab “nine thirty
three bang”. “Ya?”. Sekali lagi diulang si isteri
dengan nada mesra seperti jawapan pertama tadi “nine
thirty three bang”. Suami angguk, tanda faham.

Sesekali, si suami mengagah anak kecil comel itu,
berkomunikasi dengan si anak. “Tengok atas ya?
Lampu…lampu.” Mengajar anak yang belum mampu bertutur
itu.

Majalah ditutup setelah artikel itu usai dibaca. Ada
yang lebih menarik perhatian.

Laparla bang?. Abang lapar tak?”.

Lapar?. Abang dah makan sikit tadi. Takpela…nanti kita
makan dulu.”

Kadang-kadang aku menoleh ke arah mereka. Mereka tidak
sedar itu. Nampak bahagia, walaupun pakaian dan
beg-beg yang digalas itu menggambarkan mereka bukanlah
pasangan yang kaya wang ringgit. Tapi mereka kaya
kasih sayang. Mereka bukanlah pasangan yang kaya rupa
tapi kaya budi bahasa. Rasa tersentuh hati mendengar
bicara keduanya. Seolah cinta dan kasih sayang
melimpah ruah antara keduanya.

Terfikir di sudut hati. Teringat seorang wanita yang
pada pengamatanku cukup pakej. Cantik, badan lawa,
bijak, kaya, terkenal. Suaminya pun cukup pakej.
Kacak, bijak, berharta dan ramai kenalan berpengaruh.
Dikurniakan Allah seorang putera yang tentu sahaja
mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu bapanya. Tetapi
mereka akhirnya berpisah walau usia perkahwinan masih
muda. Salah siapa?

Bila akal membandingkan antara dua pasangan ini, hati
tertanya-tanya. Aku mahu jadi yang mana? Kalau anda
pula, anda mahu jadi yang mana?

Sehingga detik ini tinggal lagi 58 hari aku akan
bergelar isteri. Tentu sahaja siapa pun yang akan
berkahwin mengimpikan sebuah rumahtangga yang harmoni,
dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Anak-anak yang
soleh solehah. Biar tidak mewah harta, tapi mewah
kemesraan.

Perkahwinan memang mengundang seribu masalah. Masalah
duit, privacy, cemburu, konflik hubungan kekeluargaan,
kerenah ibu mertua, suami pemalas, isteri tak pandai
berhias dan seribu jenis lagi. Kadang-kadang perkara
kecil pun boleh jadi isu yang besar! Kalau dah tahu
begitu, mengapa mahu berkahwin?

Ada bermacam alasan seseorang itu mahu berkahwin.
Sebagai Muslim, kita beriman bahawa setiap sesuatu itu
diciptakan berpasang-pasang. Antara lelaki dan wanita
diciptakan perasaan kasih sayang dan rahmah antara
keduanya supaya mereka dapat meneruskan keturunan dan
hidup dalam rukun aman damai. Ini firman Allah, Surah
Ar Rum 30: 21.

Dari firman Allah ini menunjukkan Allah mengglakkan
kita berkahwin. Agama lain seperti Buddha, Kristian
menganggap ‘celibacy’ (membujang seumur hidup) sebagai
suatu pengorbanan yang besar. Tetapi Islam sebaliknya
menggalakkan perkahwinan kerana Islam itu agama yang
tidak menyalahi fitrah. Berpasang-pasangan itu kan
fitrah manusia. Tidak hairanlah ramai ulama’ agama
lain yang mempunyai anak luar nikah sesama mereka.
Nabi pernah bersabda bahawa apabila seseorang itu
berkahwin maka dia telah menyempurnakan sebahagian
agamanya, dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah
untuk menyempurnakan sebahagiannya lagi.

Islam juga melihat perkahwinan itu sebagai ibadah.
Sehinggakan hubungan intimasi antara pasangan juga
adalah ibadah. Nah! Untungkan menjadi penganut agama
ini?

Hampir sebulan lepas, aku mengikuti satu kursus
pra-perkahwinan. Sekadar untuk mendapat ilmu walaupun
kursus itu tidak menawarkan sijil dari autoriti yang
sepatutnya. Alhamdulillah, bukan senang nak mendengar
orang berpengalaman berkongsi cerita dan pengalaman
yang sedikit peribadi. Suatu yang menarik adalah
kenyataan salah seorang penceramah dari Singapura.
Katanya “Perkahwinan itu adalah satu perjudian yang
boleh dimenangi”.

Perjudian itu biasanya kan berdasarkan nasib? Sebab
itulah ia diharamkan! Tapi ada juga ya perjudian yang
pasti dimenangi?

Pada pandanganku, bila berkahwin, kita berserah pada
Allah bahawa dialah pasangan kita seumur hidup. Siapa
yang sebelum kahwin yakin bahawa inilah pasanganku?
Tidak ada kan?. Kita tidak pernah tahu itu. Kerana ia
adalah ketentuan Allah di Luh Mahfuz, yang tercatat
sebelum kelahiran kita lagi. Walaupun hakikat itu
sukar ditanggap rasio kita yang maha lemah ini, tetapi
hakikat itu teramat mudah bagi Allah Taala. Itukan
pasrah namanya? Berserah pada Allah setelah berusaha
meminta redhanya lewat istikharat mahupun solat hajat.
Kita perjudikan masa depan untuk bersamanya. Tetapi
Islam sebagai ‘way of life’ telah memberikan garis
panduan bagaimana mahu memenangi perjudian ini.
Kajilah Al Quran dan Sirah Rasulullah. Anda akan
mendapat panduan bagaimana membahagiakan isteri,
bagaimana pula si isteri menjadi permata hati suami.
Teringat satu lagi Hadith Nabi yang mafhumnya: yang
terbaik antara kamu ialah yang paling baik kepada
pasangannya dan keluarganya.

Mengambil Rasulullah sebagai model, tentu ramai yang
berazam untuk menjadi suami isteri yang soleh solehah.
Syabas! Anda telah memulakan hidup berkeluarga dengan
niat yang baik. Pernah kusuarakan kebimbanganku kepada
seorang sahabat yang insyaAllah akan menjadi suamiku.
Kebimbangan akan pelbagai kelemahan diri, kecacatan
pada peribadi, kekurangan ilmu. Takut nanti gagal
menjadi isteri yang baik.

Jawapannya ringkas “Usahlah berimpian tinggi-tinggi
sangat mahu menjadi suami soleh atau isteri solehah.
Buatlah paling baik yang kita termampu. Terimalah
kekurangan satu sama lain. Apa kalau nanti kita bukan
suami soleh atau isteri solehah kita bukan seorang
yang baik?. Ana ada kelemahan. Anti pun sama.”

Ya. Kita hanyalah sekadar umat akhir zaman yang tipis
iman. Teruslah berusaha memahami perbezaan dan
menerima kelemahan pasangan anda.

Kembali kepada cerita pasangan tadi. Memang mereka
pasangan istimewa. Anda tahu kenapa? Mereka cacat
penglihatan! Sudah tentulah perkahwinan itu bukan
didasari kecantikan fizikal. Mereka tidak mampu
melihat dengan mata. Tetapi hati mereka bersatu kerana
mereka memiliki cinta kasih sayang yang dilihat dengan
mata hati.

Pasangan itu turun di KL Sentral. Walaupun mereka
telah turun, saya masih berfikir-fikir .Semoga mereka
bahagia selamanya. Saya dan anda yang membaca artikel
ini pun mampu bahagia. Selamat berbahagia.


Wednesday, December 21, 2005

Got it from my friend..

Murtad Kerana Cinta.....



Astagfirullah!........ Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak
sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah
dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud
panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas
sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada
dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam mana?"tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abang nak.....adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira.Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku.Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya."Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih didalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya.
Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana,nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita
terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri
Rasullulah s.a.w. yang terunggul.Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya.Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.
Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang
menyejukka n hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua.Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain.Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam.Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan.Air mat aku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti.Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang
ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan
kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah,Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah
kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Ama na
tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu
diperolehi oleh Nur Amana sendiri.Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang.Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi,Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu.Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat.Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong.Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja.
Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis.Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya.Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu,menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau.Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah
kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar.Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Ai rmataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah!Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi
pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus panjangan.
Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam.....
pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya.Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat.
Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan,Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta!Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya.Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Waja hnya tenang.Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan.Suamiku gagal!
Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku.Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur.Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah
negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya l antang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika.Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'. Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika
melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih,teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!,"
Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur A mana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.
Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku
belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung
mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan.Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh disudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI.Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan ki ta tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita..... Sedarlah!!!Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI.......MALAYSIA khasnya....





mo'ok

Tuesday, December 20, 2005




















20th December 2005
10.11am
Malaysia

i wanna start to edit my thesis today by hook or crook... but i really feel hard (actually a bit lazy, hehehe) to start it. my thesis is about body image, dietari intake and physical activity among middle aged women. the data had been collected during my semester break. it was really a relief after the whole month of "menebalkan muka".



p/s: pic 1-a cute lil' baby in a sink
pic 2-a lil' boy had bumped with a policeman coz ridin' in high speed...huhuhu

Sunday, December 18, 2005

addin' blog stuff..

18th December 2005
10.16am
Malaysia

i found that it is very interesting to add some of this so-called accessories for my blog site. its awesome. i have my own tagboard, my own calender and lots of more.


Saturday, December 17, 2005

'da result!!!



17th December 2005
9.24am
Malaysia

i've got my result. i had only managed to get 3.64. not good at all. i thought i could get at least 3.7. how come for Halal n Haram in food processing i only got A-. thats awful. after a while, i managed to get above 90 for the two tests. maybe i didnt do well for the final. but, i think i did well and well prepared enough. however, alhamdulillah is the better think to say. i promised to myself that i would do more better in the next semester. i will try to get 4.oo pointer.


these are some of my table stuffs.. quite chomel arent there?? my adorable friends gave it... thanks guys. hope that our friendship will everlasting...

Friday, December 16, 2005

First stuff...
















16th December 2005
10.29am
Malaysia

Fuhh…finally I’ve found myself a day to jot down something after a hectic week that I had gone through. Actually the main reason I’ve spent my precious time (huhuhu..like so, because time always been seen like a small thing to me..valueless!!!) writing down stuff like this is to improve my English. Even I will gonna bump with lots of grammar mistake, but at least I’ll try. Maybe, guys out there will always correct the silly mistake I’d make. I had got some of my result for the examination and it seems quite bad. I really couldn’t dare to tell it to my parents especially my dad. Waaa… cannot face my own reality. How could I? I only got
Health Behavior = A
Consumer Health = B+
Food, Society & Culture = B
I thought I could get at least A- for the Consumer subject since it was an easy subject. But, it turns to be B+. It really make me sad thinking about it. Almost half of the class scored A. Am I really stupid?? Nonsense.. I aint stupid just a bit lazy. I think I’ll stop here right now.
P/s: thanks Allah for giving me a good parents to always guide me and good friends to share my problems whenever I need it…

Wednesday, December 07, 2005

Selamat Hari Lahir


actually it was my lil' bro birthday... not today but few past couples of day.. so, i hope that 'adli will be a good and a soleh boy, kay...

Thursday, December 01, 2005

testing...

this is my lil' bro..Muhammad 'Adli Ali...cute, isnt he?

I WANNA BE DIFFERENT, I WANNA STAND OUT,.... I WANNA BE ME

"FReiNds 'n FLowERs 'r MUcH 'dA sAMe, wHEn THey'rE TOGAther, soMeTHinG bEAutIful wILL hAPPen..." by ASMA' ALI