Ha-chum. bersin.
after only 3 hours hiatus, i started another entry. hebat. xde keje dah ke. petang tadi gi opis jap. buat keje sket sebab nak cover balik ari jumaat. aku balik awal ari tue. sakit. loya. pening. tapi bukan pregnant. tadi hipotalamus aku asyik bagi arahan suh isi tank yang hampir cecah angka 0. jadi aku gi jusco dulu kat equine park sebelum makan kat flat bosnia tue. tatau nak order ape. tadi lapar sangat. tapi bile masuk kat kedai maulana tue, ilang selera. ntah. puncanya tak tau. saliva tak mengalir langsung. ilang apetite. tipu je. sebenarnya aku tibai maggi mee goreng tambah ngan rojak mamak beserta teh panas. aku wat calculation pakai nutrical buatan sendiri adalah lebey kurang 300 + kcal. apa. gemuk lagi. ntah bile nak control pemakanan. kurang exercise. makanan slalu berminyak. x mencerminkan org nutrition langsung. tuelah. manusia tau teori tapi tatau nak praktikkan. ley kate semua angle pun cam tuelah. org tau pokok tue ley jadi takungan hujan. tapi dok belasah tebang sampai botak. pastue banjir besar. mula wat muke terpinga2. blur. padahal depa dok wat pencemaran. bukan tatau, tau. bab agama pun sama. kalo xnak ikut sudah. takyah susah bagi hujah nak tegakkan benang yang basah. takut kelirukan org lain je. taknak buat, takyah buat. jangan dok bagi fatwa2 pelik dan bercanggah. bahaya. nak tanggungkah. berani buatlah. ya. manusia tau semua. manusia kan pandai. ada akal. boley berpk. tapi kekadang xnak gune. ntah. aku pun ader gak. tapi xnak gune. kesian lak aku nengok grisham ngan clancy dok susah payah gune otak karang buku thriller. aku tatau nape depa rajin. aku jadi tukang baca jer. depa dok karang. aku dengar cerite yg clancy jadi defender Islam lepas kejadian 11th september. tataula. itu yang aku dok dengaq dari kwan2 aku. nape? ntah. tau kebenarankah? apa kebenarannya? dahlah. aku dok pikiaq jugak la. awat aku dok rajin tulih nie. pun tak jumpe jawapan yang pasti. padahal keje kalau nak dikira pakai calculator canon WS 201 (jenama calculator aku yang baru dapat), berguni2 lebey kurang 1.674 kg (precise kan). kuasa 2 pemalas aku ni. betul-betul kat tepi aku nie ada CD "Why the West is Coming to Islam". e'in dan haris punya. dah lebey 2 bulan ada kat bilik aku tak berusik. cume jadi tempat laluan semut. sian kat semut. aku dah angkat CD tue. terpaksa la bukak jalan baru. tapi semut2 ni rajin. ley mengembara macam2 tempat. aku asyik terperap kat bilik. tak bilik, ofis. bile nengok semut2 ni teringat lak kat ibn batutta, marco polo dan alfonso. best tul depa ni. ada keazaman. keberanian. ketabahan. kecekalan. satu pun ciri2 yang aku sebut tue takde kat aku. kemalasan. itu aku memang ada. ke sebab mind setting aku dah set malas, maka aku pun jadi malas. sebenarnye wajib ubah. tapi aku taknak. tak baiklah. kene ubah. ya aku akan berubah. tapi tak janji bile. sebab org yang memungkiri janji adalah sifat org munafik. even bercakap bohongpun adalah ciri munafik. tak menepati janjipun. aku slalu tak tepati janji. takut jugakla. janji ngan org kul 8.00am tapi datang kul 8.30am. lewat. tak tepati janji. ha-chum. terbersin plak. alhamdulillah. nape kalo bersin kene kate alhamdulillah. korang tau ke. aku tau. nak bagitau ke kat korang ke. rasa cam malas lak. alamak. sebut lagi perkataan malas tue. ok. aku ade mood nak cerite ni. biaq aku start ngan once upon a time. ngarut jer. serius sket. nie kisah diimport dari ust farid ravi. kejadian berlaku kat france. bukan kat b. feringgi. ada sorang pakcik ni yang aku lupe die asal mane. tapi die bukan org france. die naik train kat situ. ditakdirkan dudok kat sebelah mamat france. tetibe die terbersin. ha-chum. mungkin die bersin kuat sket kot dari aku bersin tadi. pastu, automatik die cakap alhamdulillah. mamat france tue pandang pakcik tue. pelik la kot. yela. tak pernah dengaq lagi org sebut alhamdulillah. die pun tanye pakcik tue. hey pakcik, apa yang dok kamu sebut sat-sat tadi tuh. ceq xpernah dengaq la benda lagu tuh sblm2 nih kalo org bersin. pakcik tue senyum comel jer kat mamat france ni. i thank my god. pendek jer jwpn. tak bagi explanation panjang2 pun. nak ditakdirkan, pakcik ni la mecca nak wat haji. tetibe ader sorang mamat nie bagi salam. die pun sambut salam org ni. ya la. dapat pahala beb bagi salam sesama islam ni. bagi salam dapat pahala. jawab salam wajib dan dapat pahala. semua dalam islam nih cam kat bonus link. semua benda baik ada kebaikan kat org lain gak n dapat pahala gak pada masa yg sama. sambung cerite balik. org yg bag salam tue senyum. pakcik tue pelik. sape plak mamat nie. mamat tue pun tanye. pakcik ingat saya lagikah. em. sapa ya. sayalah yg pernah kite berjumpa kat train di france tue. muslimkah kamu? dulu tidak, tapi skrang ya. alahamdulillah. cmner ley masuk islam? pakcik tue tanya pada mamat tue. "sebab pakcikla". a. pakcik tue pelik. lepas insiden kat train tue, saya gie kaji. nape pakcik sebut thank you kat god kalau bersin. rupa-rupanya kalau bersin tue, jantung kite berhenti berdenyut selama seketika. jadi bile kite masih bernyawa lepaih bersin tue, nyawa kita masih panjang. jadi kene la terima kasih kat tuhan. rupe2nye betul la tue. itu antara asbab saya pilih Islam. alhamdulillah. sekian. best tak? bestlah. penat tulih ni. lengoh la nerve2 tangan nie. baik korang kata best. tetibe terinagt novel bertajuk Zuriat. novel kisah benar. berkisar tentang 5 kanak-kanak kpd pasangan suami isteri melayu yang mana mereka ada masalah SLE atau MLE. nerve disorder atau sel otak mengecut. tak ingat. aku rasa sel otak mengecut. macam cerite Aya dalam One Liter of Tears. sedey giler cerite die. kisah benar. aku tak suke sangat tengok cerite yg merepek2 nih. macam L.O.T.R. maaf. aku memang tak suke. tapi Shrek aku suke. sebab mak aku suke beli buku2 fairy tales mase kekecik dulu. rapunzel. betul ke ejaan die ni. natah. tapi aku story die. hansel n gratel. banyak kisah fairy tales tue ada dalam shrek. gambar die pun best. hijau. shrek hijau. princess fiona pun hijau. semua pun hijau. aku pun suke hijau. ada maksud lainkah disebalik warna hijau ni. tada pape. paling jatuh hati pada pussy cat die. comel sangat. tambah2 time die wat muke manja. assalamualaikum. saya datang nak amik data. terkejut aku. rupa-rupanya kawan aku mengigau. aku nak stop tulih la. seram plak. dah la sunyi jer. tido cecepat la.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home