Sunday, June 10, 2007

insomnia?

aku xley tido plak. insomniakah. tak pasti. konon nak kira lamb la. tapi teringat lamb chop lak. patut la depa dok suruh zikir. ingat Allah. last2 aku bukak lagi blog. giler per. bape entry dalam sehari nie ntah. macam addicted plak. dulu teraddicted ngan cerite korea. memule cerite korea yg aku nengok full house la. tapi mak aku advanced dari aku. die dah layan dulu. winter sonata. konon tak nak tengok. alih2 lekat. bagi la peluang kat mak aku. tapi die stop sampai cerite tue jer. aku non-stop punye addicted ngan cerite korea. lepas satu cerite, cerite yang lain plak. doc micronutrient aku, dr asmah, siap bergambar ngan dinding winter sonata lagi masa gie korea. siap tunjuk kat aku ngan e'in. aku tak minat ngn winter sonata. lembap semacam. sebab tue aku ingat aku tak suke cerite korea. tapi bile aku tgk cerite full house, terlekat dan terlayan jugakla cerite tue. lagho jer. tapi nengok jugak. aku perasan yang jln cerite korea nie kekadang lembab semacam macam snail kat tepi longkang lab 07 makmal dietetik tue. snail klakar kat lab tue. ngarut. sume lagu a.k.a OST cerite korea aku download. muahaha. pelik. bile dah tak suke. aku delete. aku tak pernah beli pun cerite korea nie. mahal. RM 100+. sama ada pinjam, download atau seangkatan dengannya. ringtone hp aku pun pakai lagu korea. punyalah taksub. tahpape kan. kalau dah suke sesuatu, aku cari sampai ke lubang cacing. berusaha giler. ringtone aku tak delete la. pasai pakai duit. aku jenis suke membaziaq. itukan amalan syaitan. gelak jap. aku teringat kata seorang kwn aku. die ingt ringtone korea aku tuh lagu nasyid. aku senyap jer. biaq die sangka baik ngan aku. kekadang aku pakai kredit org lain download lagu2 ringtone yang aku suke nih. dulu la. skrang die dah xde. die gi mane? senyap. aku sbnrnye kene banyak basuh hati aku yang makin kelam dan gelap ni. biaqlah muke aku jer makin gelap dan itam, tapi jgnla hati aku. aku nak ati aku bersih. sian kat umi dan abah yang dah penat didik aku. biarlah mereka lihat anak-anak mereka dengan linangan air mata gembira. nak jadi anak solehah. tapi susah. aku ketegak (mak manakan aku slalu gune ni refer kat adik aku yg degil). mak manakan = mak sedara. umi org penang. ntah penangkah. lahir kat pahang. pastu gie kelantan. gi plak melaka. last2 penang. datuk aku polis. merantau2. cam ambassador plak umi aku. umi baik. sangat2x baik. sayang umi. sayang abah gak. abah org terengganu. pertemuan timur-utara. jauh. jarak bukan penghalang. ya. jarak bukan penghalang. mesti dapat email lepaih ni. hahaha. aku ngarut lagi. aku tegaskan skali lagi bhw blog ni bukannye blog ilmiah, spiritual, eQ mahupun iQ, ataupun pembangunan jiwa punye blog. ok? just untuk santapan santai si penulis sahaja. si penulis yang sememangnya suke membuang masa. viva. ya. kete baru. bukan aku nak viva master. aku nak viva. mobile. senang nak gerak. abah tak bagi beli. die kata aku tak ley nak byr bulan2. la. kalau aku xley bayar, die bayarkan la. mak aku lagi senang, suh suami aku belikan jer. adus. aku nak pakai skrang. susah ar. penat ar naik bas warne biru2 langit. nasib warna biru. tenang gak nengok. ilang penat nunggu bas. tak jadi nak marah. kalaulah bas tue warna kuning, siap ar. rupe2nya color nie memainkan f(x) yang penting dalam idup seseorang. doc aku skrang pun suker color coding. systematic katanya. kalo itam putih jer dunia ni, tataula aku. siapalah yang cipta warna warni kehidupan nie? cube pikiaq. spektrum warna rainbow aku paling suke. cantik. dulu waktu blaja kimia, baru aku tau setiap spektrum ni ada wave die tersendiri. bukan sewenang-wenangnye die kuaq macam tu jer. siap ada calculation lagi. aku nie pelupe. tak ingatla teori ape. teori laymen ke ape ke. ntah. lupe. setiapnya terperinci dan indah skali. siapa buat? pikiaq la huzaifah dan adli. aku nie slalu diserang disease SML -short term memory loss. bahaya. aku kekadang kupe nape aku kuar. aku lupe nape aku gi tingkat bawah. aku lupe mane aku letak barang. nasib baik anggota badan dah lekat siap2. kalo tak, mata pun ley tertinggal . aku ngarut lagi ni. dah ar. tido la. kang aku ngarut lagi banyak. mungkin lepas ni aku hibernate agak lama kot. maaf ya andai tersalah bicara atau tertulih benda yang ley mengguriskan hati dan sanubari. tapi aku rasa tak mungkin. sebab aku rasa tiada pelawat yang rajin bertandang kecuali atas arahan veto aku except awak seorang. ngarut lagi nie. kay ar. tido dulu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


I WANNA BE DIFFERENT, I WANNA STAND OUT,.... I WANNA BE ME

"FReiNds 'n FLowERs 'r MUcH 'dA sAMe, wHEn THey'rE TOGAther, soMeTHinG bEAutIful wILL hAPPen..." by ASMA' ALI